Salam Aidilfitri 1439H/2018M

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat warga Universiti Putra Malaysia (UPM) terutamanya kepada pelajar. Semoga sambutan ini membawa seribu makna buat semua. Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Sekitar Majlis Bersama TNC HEPA Sempena Pendaftaran Pelajar Baharu Kampus Bintulu

Rangkuman Khas Pendaftaran Pelajar Asasi Sains Pertanian Sesi 2018/2019

0

Nurul Jannah, Naib Johan Sayembara Puisi Rantau ASEAN 2018

Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan saudari Nurul Janna Md Nasir kerana telah berjaya memenangi naib johan dalam pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Rantau ASEAN 2018 yang berlangsung di Dewan Seminar Refflesia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.  seterusnya..

Light2O Menang Anugerah Emas i-IDeA 2018

Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengucapkan jutaan tahniah atas kejayaan Pasukan Light2O yang dibarisi Saudari Prasna Nair dan Saudara Chuah Ping Zi yang berjaya  memenangi Anegerah Emas dalam 4th International Innovation Design and Articulation Competition yang berlangsung di UiTM Perlis. seterusnya..

0

Majlis Berbuka Puasa BHEP Bersama Pelajar Luar Kampus

Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar luar kampus telah dilaksanakan dengan jayanya di Foyer Dewan Taklimat, Bangunan Cancelori Putra, UPM. seterusnya..

Singgah Sahur TNC HEPA Bersama Pelajar Asasi Sains Pertanian

Seramai 450 orang pelajar Asasi Sains Pertanian, telah menyertai program Singgah Sahur bersama YBhg. TNC HEPA di Kolej 13 bermula jam 4 pagi. seterusnya..

Program Ziarah Amal Ramadan Bersama Sister Sabariah dan Yayasan Sabria ke Montreal, Kanada

Program Mobiliti Montreal Ziarah Amal Ramadan bersama Sister Sabariah dan Yayasan Sabria ke Kanada telah dijalankan pada 2 Jun 2018 hingga 12 Jun 2018. Seramai empat orang pelajar dan seorang pegawai telah di hantar untuk menjayakan program tersebut. seterusnya..

Bersama Berkongsi Kegembiraan Asrama Damai, Kuang

Program Bakti Ramadan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi BHEP dengan kerjasama Kelab Nasyid Nahwan Nur dan Persatuan Pentadbir UPM telah dengan jayanya dilaksanakan di Asrama Damai Kuang Selangor. seterusnya..

Malaysia Japan Look East Policy Program 2018 di Kyushu Institute of Technology

Seramai 24 orang peserta sedang mengikuti Program Mobiliti Pengantarabangsaan Global Project: Malaysia Japan Look East Policy Program 2018 di Kyushu Institute of Technology, Fukuoka, Jepun yang berlangsung selama 15 hari dari 27 June hingga 11 July 2018. Program ini bertujuan untuk memberi suatu pengalaman yang bermakna kepada para peserta. Pihak Kyutech telah menyediakan modul program seperti mengikuti kelas bahasa Jepun, lawatan ke makmal robotik, menjalankan ujikaji ringkas, lawatan ke kilang industri berat dan pusat kitar semula berteknologi tinggi, serta aktiviti bersama masyarakat setempat di Kitakyushu, Jepun. seterusnya..

UPM Tuan Rumah Fiesta Integriti 2018

Universiti Putra Malaysia (UPM) terpilih menjadi tuan rumah Fiesta Integriti 2018 sempena Ulang Tahun Penubuhan Pelan Integriti Nasional dan dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang berlangsung di Dewan Kolej Pendeta Za’Ba. seterunya..

BHEP Sumber Rujukan Pelaksanaan EKSA UPM

Seramai 6 orang kakitangan Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) dan 2 orang pelajar master dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM mengadakan lawatan penandaaras EKSA di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). seterusnya..

0

Majlis Apresiasi MTM Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia 2018

Majlis Apresiasi Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej-kolej kediaman sesi 2017/2018 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diadakan pada 14 Mei 2018 bertempat di Dewan Putra 2, Universiti Putra Malaysia. seterusnya..

Nahwan Nur di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-60

Kumpulan Nasyid Nahwan Nur, UPM dijemput sebagai artis undangan untuk membuat persembahan pembukaan di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-60 di PWTC baru - baru ini. seterusnya..

0

Malam Anugerah Festival Teater Interkolej 2018

Malam Anugerah Festival Teater Interkolej (FESTIK) 2018 telah berjaya di laksanakan dengan jayannya. Anugerah ini telah diadakan di Dewan Besar PKKSSAAS, UPM dengan kerjasama Kelab Penggiat Teater Sejagat PENTAS serta Unit Seni dan Budaya, Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Roslan bin Sulaiman (TNC HEPA) sekali gus memberi sokongan kepada para peserta. seterusnya..

Live Minda Putra Musim 2

LIVE Minda Putra Musim 2 bersama En. Mohd Nazri Noh, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) kembali bersama kupasan isu-isu kampus dan luar kampus yang lebih menarik berkaitan pembangunan, kebajikan dan kemaslahatan pelajar UPM. Saksikan LIVE Minda Putra Musim Ke-2 ini secara langsung di laman Facebook BHEP setiap Selasa, jam 1 Petang.

0

Siri 12: Latihan Industri, Pendedahan Realiti Kerjaya

Siri 12: Latihan Industri, Pendedahan Realiti Kerjaya

0

Ikuti Siri Sebelumnya

>> Minda Putra Musim 2 (Siri 1 - 12)

>> Minda Putra Musim Pertama (Siri 1 - 7)

Peluang Penajaan & Biasiswa

Ken Foundation's Scholarship Programme 2018

Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Scholarship 2018/2019

Biasiswa Sagong Tasi Kerajaan Negeri Selangor

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sebarang pertanyaan sila hubungi Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03 8947 1321/1322 atau hadir ke kaunter perkhidmatan pelanggan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM untuk maklumat lanjut.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Facebook Twitter Instagram Website Email