Iftar Mega Putra UPM 2019

SERDANG, 15 Mei 2019 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu program Iftar Mega Putra yang bertempat di dataran Dewan Besar UPM. Program julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan anggaran lebih daripada 2000 mahasiswa yang terlibat secara langsung memenuhi perkarangan dataran.  Program ini telah dianjurkan Bersama Entiti HEPA dan dibantu oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUPM) sebagai  wakil pemimpin pelajar atas inisiatif mengadakan program sebegini.  ..seterusnya

Tanaman Pokok Mega Siri 1

SERDANG, 23 Jun 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Asasi dan Taman Pertanian Universiti telah menganjurkan Tanaman Pokok Mega Siri 1 baru- baru ini dalam usaha memulihara kehijauan flora melalui inisiatif kelestarian hijau.

Seramai 800 Pelajar Asasi telah menyertai program tersebut, di mana peserta telah  dibahagikan kepada dua kawasan iaitu di Kompleks Mahasiswa dan Jalan Maklumat Universiti bagi menanam kesemua pokok bunga kertas yang telah disediakan. ..seterusnya

BHEP Raikan Kejayaan UPM Capai Kedudukan ke-159 Terbaik Dunia dalam Penarafan QS World Ranking.

SERDANG, 24 Jun 2019 - Sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 peringkat UPM yang diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Universiti Putra Malaysia, warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah meraikan kejayaan UPM melonjak sebanyak 43 tangga iaitu peningkatan tertinggi antara semua universiti dalam negara kepada kedudukan ke-159 terbaik dunia dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020.

Oleh itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah membuat satu persembahan ukiran buah-buahan sebagai simbolik bagi meraikan pencapaian tersebut. Persembahan ukiran buah-buahan itu telah dibuat oleh salah seorang staf dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Iskandar Afifi. ..seterusnya

Lagu Wassini Tuah Buat Kumpulan AN-NISA

23 Mei 2019, Dewan Besar PKKSSAAS – Kumpulan An-Nisa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah berjaya mendapat saguhati dalam Pertandingan Nasyid UPM 2019.  Program yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Shah ini telah menyaksikan sebanyak 13 buah kumpulan berentap bagi merebut gelaran juara. ..seterusnya

Kayuhan 50 Jam Tanpa Henti

LANGKAWI, 26 April 2019 - Seramai 20 pelajar UPM telah menyertai kayuhan ULTRON MBOR Langkawi Ride 2019 dan mencipta sejarah meletakkan UPM dalam Malaysia Book Of Records untuk acara 50 jam kayuhan basikal elektik tanpa henti dengan jarak keseluruhan 1515 kilometer. ..seterusnya

Sumbangan Juadah Berbuka Daripada MBI

SERDANG, 8 MEI – Pada 6 dan 7 Mei 2019, bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini dimeriahkan dengan pemberian sumbangan tajaan juadah berbuka puasa melalui program CSR oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) yang diagihkan di kawasan kolej kediaman UPM. ..seterusnya

Nahwan Nur Terbitkan Lagu Kasih Ramadan

SERDANG, 3 Mei 2019 - Artis Nasyid Tanah Air Nahwan Nur baru-baru ini telah berjaya menerbitkan Single terbaru bersempena dengan bulan Ramadan yang bertajuk Kasih Ramadan. Lagu hasil ciptaan Khairul Daniel (KD) dan lirik ditulis oleh Ajie. Kedua-dua mereka adalah merupakan staf dan alumni Universiti Putra Malaysia. ..seterusnya

Kolej Keenam Johan Arena Berdansa

SERDANG, Mei 2019 - Pertandingan Arena Berdansa Interkolej 2019 telahpun melabuhkan tirai dengan penuh gilang gemilang, seramai 11 pasukan yang terdiri daripada lapan kolej telah menyertai dan bertanding bagi merebut gelaran juara. Kolej Keenam berjaya sebagai Johan dan sekaligus membawa pulang piala ..seterusnya

Pasukan Banai UPM ke Program Pemecut Hult (Peringkat Ke-3)

Pasukan "Banai" dari Universiti Putra Malaysia telah dipilih dalam Permohonan Kemasukan Kad Wild pada Program Pemecut Hult (Peringkat Ke-3) selama lima minggu di United Kingdom di kalangan 40 pasukan terpilih lain dari seluruh dunia! Setiap pasukan yang dipilih dipilih daripada lebih daripada 200,000 permohonan ..seterusnya

Putra Equestrian di Kejohanan Endurance 2019

SERDANG, 28 Jun 2019 - Kelab Putra Equestrian (PEC) Universiti Putra Malaysia sekali lagi membuktikan dedikasinya dalam bidang menunggang kuda yang kompetitif, dengan menghantar 2 wakil untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara yang dianjurkan oleh Unit Kuda Polis Diraja Malaysia, ..seterusnya

Live Minda Putra Musim 3

Live Minda Putra Musim ke-3 kembali bersama anda secara langsung melalui laman sosial Facebook BHEP. Musim ini menjanjikan isu-isu dan kupasan yang lebih menarik berkenaan pembangunan, kebajikan dan kemaslahatan pelajar UPM.

Peluang Penajaan & Biasiswa

BIASISWA SAGONG TASI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

YAYASAN TAN SRI LEE SHIN CHENG SCHOLARSHIP

KEN FOUNDATION SCHOLARSHIP

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

TABUNG DERMA ALAM SHAH

BANTUAN INSENTIF HARAPAN SISWA SESI 2/2019 UNTUK ANAK JOHOR

Sebarang pertanyaan sila hubungi Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03 9769 1321/6074 atau hadir ke kaunter perkhidmatan pelanggan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM untuk maklumat lanjut.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Facebook Twitter Instagram Website Email