Tahniah dan Selamat Datang Pelajar Baharu Universiti Putra Malaysia Sesi 2018/2019

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM mengucapkan setinggi-tinggi  tahniah kepada semua pelajar baharu yang terpilih menjadi sebahagian daripada warga Universiti Putra Malaysia dan selamat datang ke kampus hijau, Universiti Putra Malaysia. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada kejayaan-kejayaan yang lebih gemilang buat semua pelajar baharu sepanjang berada di kampus hijau ini serta pada masa-masa akan datang. Selamat BERILMU, BERBAKTI.

Sekitar Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 dan Minggu Perkasa Putra 2018

Ceritera Khas: Alumni UPM Semasa Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2018/2019

Rangkuman Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2018/2019 Ambilan Kedua

Putra Souq 2018 | Bukit Expo, UPM

Putra Kehidupan | Ladang UPM

Malam Tunas Budaya 2018 | Dewan Besar PKKSSAAS, UPM

Majlis Bersama KBHEP | Dewan Besar PKKSSAAS, UPM

Majlis Bersama TNCHEPA | Dewan Besar PKKSSAAS, UPM

Majlis Bersama TNCAA | Dewan Besar PKKSSAAS, UPM

Majlis Ikrar Pelajar Baharu Bersama Naib Canselor | Dewan Besar PKKSSAAS, UPM

Majlis Bersama Ikon Alumni | Dewan Besar PKKSSAAS, UPM

UPM Johan Pertandingan Debat Diraja IPT 2018

SERDANG - Pasukan debat Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Diraja antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2018 kategori bahasa Melayu yang berlangsung pada 9 Julai 2018, bertempat di Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). ..seterusnya

Pelajar FSKTM, Antara 10 Terbaik 'Huawei Malaysia Seed for the Future 2018'

Tahniah buat Saudari Wan Nur Atiqah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) atas kejayaan sebagai 10 peserta terbaik dalam Huawei Malaysia Seeds for the Future 2018. Beliau akan menyertai lawatan sambil belajar ke China yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Huawei. BHEP UPM mendoakan kejayaan saudari di peringkat seterusnya.

Misi Memperkasakan Bahasa Melayu

10 Ogos 2018, SATUN, Thailand – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (MPPUniMAP) dan Sahabat Masjid UPM  telah menganjurkan ..seterusnya

Nahwan Nur@Komuniti di Sabah

10 Ogos 2018, Semporna, Sabah - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Nahwan Nur UPM telah dengan jayanya mengadakan program Nahwan Nur @ Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna ..seterusnya

Tahniah kepada semua pemenang Captain Student Video Challenge 2018

BHEP UPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang pertandingan Captain Student Video Challenge 2018 yang berakhir pada Ogos lalu. Johan membawa pulang Geran Aktiviti Pelajar bernilai RM1,500 manakala tempat kedua dan ketiga menerima geran yang sama masing-masing bernilai RM1,000 dan RM500 bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan.

Merealisasikan Kreativiti Pelajar

SERDANG,14 JULAI  – Program Khidmat Pelajar merupakan satu inisiatif dan usaha Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) untuk mencungkil bakat pelajar  dan kebolehan insaniah mereaka. Melalui program ini, para pelajar diberikan ruang dan peluang membolehkan mereka untuk menyumbangkan idea dan tenaga mereka di samping dapat menjana pendapatan. ..seterusnya

Pelancaran Putra Ikon, Putra Bus dan Tabung Amal PAUPM-Suria Foundation

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM telah melancarkan tiga bentuk sokongan perkhidmatan baharu sempena kemasukan pelajar baharu UPM sesi 2018/2019. Tiga sokongan perkhidmatan tersebut adalah Putra Ikon, Putra Bus dan Tabung Amal PAUPM-Suria Foundation. Majlis pelancaran ketiga-tiga produk sokongan ini disempurnakan oleh YAB. Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 4 September 2018 bersempena dengan Majlis Bersama Ikon Alumni UPM, Minggu Perkasa Putra 2018.

Putra Ikon

Putra Fit, Putra Talent, Putra Bakti, Putra Biz, Putra Mobility, Putra Visibility sebagai ikon kepada aktiviti teras mahasiswa.

Putra Bus

Aplikasi mudah alih Putra Bus bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pengguna perkhidmatan bas kampus.

Tabung Amal

Tabung Amal PAUPM-Suria Foundation adalah projek kerjasama BHEP UPM, Persatuan Alumni UPM dan Yayasan Kebajikan Suria.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Speaker's Corner UPM Jadi Ruang Asah Bakat Komunikasi Pelajar

BHEP UPM telah memperkenalkan Speaker's Corner UPM sebagai langkah meyahut seruan YB. Menteri Pendidikan Malaysia bagi menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar secara umum bagi mengasah bakat  dan kemahiran komunikasi pelajar. Bagi maksud tersebut, BHEP UPM memperkenalkan Speaker's Corner Cafe, Speaker's Corner College dan Speaker's Corner FB Live dengan struktur program yang terancang. Speaker's Corner Cafe bakal mengambil tempat di Putra Food Court, Park View Cafe dan Putra Serumpun Cafe manakala Speaker's Corner College akan bertempat di semua kolej-kolej kediaman UPM. Speaker's Corner FB Live pula menyediakan ruang Forum Siswa pada hari Selasa, Kelab dan Persatuan Pelajar pada hari Rabu, Minda Putra setiap hari Khamis dan Halaqah Helwani pada setiap Jumaat secara langsung dari Laman Facebook BHEP UPM.

Pertandingan Video Promosi 2018: PUTRA IKON

VPRO 2018 kembali lagi. Kali ini bertemakan "Putra Ikon". Pertandingan ini terbuka kepada semua dan hadiah keseluruhan bernilai RM6000.00 di tawarkan setiap kategori.

Iklan/Promosi: 29 Aug-30 Sep 2018 
Penghantaran Video: 3 Nov 2018
Saringan Awal: 4 Nov 2018 
Muat Naik ke Youtube: 5 Nov 2018
Tempoh Undian: 6-21 Nov 2018 
Pengumuman Pemenang: 13 Dec 2018

Program Bantuan Makanan Percuma

Program bantuan makanan percuma kepada pelajar asnaf Universiti Putra Malaysia ini merupakan program kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM dibawah Tabung Amal PAUPM-Suria Foundation. Program ini bakal memberi manfaat kepada 40 orang pelajar terpilih bermula awal Oktober ini. Dana tabung ini disumbangkan oleh Yayasan Kebajikan Suria dan Persatuan Alumni UPM ini telah dilancarkan pada 4 September 2018 oleh YAB. Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Live Minda Putra Musim 2

Siri 20: Semester Baharu, Harapan Baru

Ikuti Siri Sebelumnya

>> Minda Putra Musim 2

>> Minda Putra Musim Pertama

Peluang Penajaan & Biasiswa

Pesona Metro Scholarship 2018

Behn Meyer Agricare Education Fund Scholarship Award 2018

Biasiswa Sagong Tasi Kerajaan Negeri Selangor

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sebarang pertanyaan sila hubungi Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03 8947 1321/1322 atau hadir ke kaunter perkhidmatan pelanggan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM untuk maklumat lanjut.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Facebook Twitter Instagram Website Email