BHEP e-Channel (e-newsletter): Edisi Pengenalan

Tahniah!! YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UPM.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman di atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM yang baharu. BHEP juga turut menzahirkan sokongan sepenuhnya atas segala inisiatif yang bakal YBhg. Prof. ilhamkan demi kepentingan para pelajar keseluruhannya.

Tahniah!! En. Mohd Nazri Noh, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA

Warga kerja BHEP mengucapkan setinggi tahniah kepa En. Mohd Nazri Noh, atas pelantikan sebagai Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).

En. Fahmi Azar Mistar - Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yang Baharu

Tahniah diucapkan kepada En. Fahmi Azar Mistar di atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang baharu, berkuatkuasa mulai 25 September 2017.

Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran - BHEP 5 Bintang

10 November 2017, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah memenangi Tempat Kedua Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran Keseluruhan antara semua PTJ UPM sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP2017) ..seterusnya

PUTRA KALAKSHETRA Johan University Culture Ranggoli Night UTP 2017

18 November 2017, Tahniah dan syabas kepada Kelab Tarian Klasik India PUTRA KALAKSHETRA UPM atas kejayaan merangkul JOHAN KESELURUHAN dalam pertandingan University Culture Ranggoli Night UTP 2017 yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas. Hasil dari kemenangan, kelab ini telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000.

Kenali Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)

Seksyen Pentadbiran dan Kewangan

 > perlu bantuan?

Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar

> perlu bantuan?

Seksyen Pengurusan Aktiviti dan Sahsiah Pelajar

> perlu bantuan?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Seksyen Pengurusan Penempatan dan Pelajar Luar Kampus

> perlu bantuan?

Seksyen Pengurusan Kenderaan

> perlu bantuan?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Penglibatan Dalam Kelab dan Persatuan Pelajar

Para pelajar yang berminat untuk menjadi ahli sesebuah persatuan dan kelab boleh mendaftar semasa Bazar Persatuan sempena Minggu Perkasa Putra atau ketika persatuan dan kelab membuka pendaftaran ahli baru pada setiap semester. Lebih 100 kelab dan persatuan pelajar yang didaftarkan secara sah dibawah penyeliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan di pecahkan mengikut kluster yang tersendiri. ..seterusnya

Bantuan Kewangan Kebajikan Pelajar

BHEP menyediakan bantuan kewangan untuk para pelajar yang layak. Antaranya adalah Tabung Kebajikan ..seterusnya

Bantuan Orang Kelainan Upaya

Seksyen Kebajikan dan Tatatertib Pelajar juga turut menyediakan kemudahan kenderaan khas kepada pelajar OKU. ..seterusnya

Jadual Perkhidmatan Bas Kampus

Muat turun jadual bas sesi 2017/2018. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan kami ..muat turun

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Jejak Kemasyhuran BHEP 2015-2017

2015

Sepanjang tahun 2015, sebanyak empat anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh BHEP atas kecemerlangan yang ditunjukkan. ..seterusnya

2016

Tahun 2016 diwarnai dengan kecemerlangan warga kerja dan organisasi BHEP dengan sembilan pengiktirafan dan anugerah yang diterima. ..seterusnya

2017

BHEP meneruskan legasi kecemerlangan warga kerja dan organisasi dengan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan bagi tahun semasa ..seterusnya

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sesi bual bicara bersama En. Mohd Nazri Noh, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA). Membawakan isu-isu pembangunan, kebajikan serta kesejahteraan pelajar bersama panel-panel jemputan. Bersiaran secara langsung dari Studio BHEP TV setiap Khamis, jam 1.30 petang.

Siri 8: Idealisme dan Partisipasi Kepimpinan Mahasiswa

Arkib Minda Putra

Siri 1: Mahasiswa, Kepimpinan dan Hasrat

Siri 2: Bersama Membina Usahawan Siswa

Siri 3: Kaunseling dan Graduan

Siri 4: BHEP, Aspirasi Pembinaan Sahsian dan Kebajikan Mahasiswa

Siri 5: Hari Ini Bergraduat, Esok Ke Mana?

Siri 6: Dari Anda Untuk Asnaf

Siri 7: Apa Khabar Sukarelawan Siswa?

Kelab Kebajikan dan Rekreasi BHEP

Setinggi Penghargaan Kepada Mantan Ketua Bahagian HEP, En. Noor Mohamad Shakil Hameed

Kelab Kebajikan dan Rekreasi BHEP merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ketua Bahagian HEP, En. Noor Mohamad Shakil Hameed atas sokongan beliau terhadap fungsi dan peranan Kelab Kebajikan dan Rekreasi BHEP.

Pertandingan Boling Persahabatan Kelab Kebajikan BHEP - Care Cool Enterprise

Kelab Kebajikan dan Rekreasi BHEP dengan kerjasama Care Cool Enterprise telah menganjurkan Pertandingan Bowling Persahabatan dan Ramah Mesra BHEP pada 18 Oktober 2017 yang melibatkan warga BHEP dan warga Care Cool Enterprise.

Dulu Lalu Depan Mata

Bahagian 1: Mat Balik UPM

Sudah lain sangat sekarang. Banyak yang dah berubah. Tak kan hanya dengan bertukar nama begini jadinya. Dulu tak macam ni. Sungguh, lain sangat. Mula berlegar dari memori usang Mat akan UPM yang dia tinggalkan dua puluh lima tahun yang lalu. Setelah bergraduat dengan program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama), Mat menerima tawaran penempatan mengajar di Sarawak. Jadi cikgu Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas, Debak Sarawak. Mat jadi cikgu sudah lebih dua dasawarsa. Mat begelar Cikgu Mat dan setia sungguh dengan amanahnya mendidik anak anak bangsa di daerah jauh di seberang laut. Jarak yang agak jauh itu banyak mengekang hasrat Cikgu Mat untuk sesakali balik menjenguk alma meter yang pernah ditumpahkan kecintaannya sejak zaman dia belajar lagi. Zaman UPM ini bergelar Universiti Pertanian Malaysia. Kalau pun sesekali dapat balik banyak masa perlu diperuntukkan dengan ayah bonda yang sudah di usia emas dan keluarga di Kedah. Susah sangat nak dapat peluang balik ke UPM. Pun begitu, pada Cikgu Mat, UPM tetap di hati. Baris baris lagu UNIPERTAMA yang dinyanyikan dan dilatih oleh fasilitator masa minggu suai kenal diingat segar oleh Cikgu Mat. Apa lagi Cikgu Mat juga seorang seniman. Seniman yang boleh juga mengalunkan muzik dari harmonika kesayangannya. Dulu Cikgu Mat pernah juga mainkan lagu rasmi Universiti Pertanian Malaysia “UNIPERTAMA”. ..seterusnya

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Facebook Twitter Instagram Website Email