UPM Perkenal ‘PUTRA FOOD DELIVERY’ Untuk Kemudahan Pelajar

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan Universiti Awam pertama yang memperkenalkan program penghantaran makanan ‘Putra Food Delivery’ dalam kampus. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata program itu akan memudahkan pelajar untuk membeli makanan dengan pantas di samping memupuk budaya keusahawanan pada pelajar. seterusnya..

Projek Kacamata BHEP

Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM telah mengadakan program ‘PROJEK KACAMATA’ yang bertujuan memberi bantuan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli kacamata baharu. Program ini telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada Yayasan Kebajikan Suria-Foundation yang diasaskan oleh Mr. James Ho yang juga merupakan Alumni UPM Kelas 1974. Seramai 40 orang pelajar telah terpilih dimana 27 orang daripadanya telah selesai membuat tempahan cermin mata di Syarikat London Optical Center, Damansara Utama.

Nahwan Nur Lancar Album Terbaharu

Kumpulan Nasyid Nahwan Nur Universiti Putra Malaysia (UPM) menerbitkan album terbaru berjudul “Dia Ada” yang kini boleh didapati di saluran media digital. Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata album itu adalah hasil usaha Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama penerbit Yasin Sulaiman dan Inteam Records selaku Digital Distributer. seterusnya

APM UPM Bersama Pemimpin No.2 Negara

Seramai 43 orang Kadet Pasukan Siswa APM UPM telah menghadiri Program Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Bagan Datok. Elaun anggota dan pegawai APM dinaikkan, masing-masing daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9 sejam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. seterusnya..

Misi Sukarelawan Setempat APM UPM

Misi Sukarelawan Pasukan Siswa APM-UPM di Sekolah Kebangsaan Sg. Tekali, Hulu Langat berjalan lancar. Seramai 70 orang Kadet telah telah menjalankan Program kolaborasi bersama Agensi-agensi seperti APM Selangor, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran, PIBG dan Pengurusan Sek. Keb. Sg. Tekali ini telah mendapat penghargaan penduduk setempat. seterusnya..

Putra Volunteer: Projek CSR Kayu Besbol ke Sekolah Angkat UPM

Seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kolej kediaman telah mengikuti Putra Volunteer: Projek CSR Kayu Besbol Ke Sekolah-Sekolah Angkat UPM. Program kerjasama dengan Pusat Sukan UPM ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dikalangan pelajar UPM. seterusnya..

Sumbangan Derma Kilat Warga UPM Kepada SK Sentosa Tawau

YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyerahkan Sumbangan Tabung Derma Kilat SK Sentosa Tawau kepada wakil Yayasan Sukarelawan Siswa berjumlah RM2,050.00. Hasil sumbangan derma tersebut adalah daripada pelajar di Kolej-Kolej Kediaman dan staf UPM. Terima kasih di atas keprihatinan warga UPM. seterusnya..

Pengalaman Misi Sukarelawan Siswa YSS-KKN Ke Belitung Timur 2018.

Misi YSS-KKN (Kuliah Kerja Nyata) ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Indonesia itu berlangsung dari 18 Februari 2018 sehingga 6 Mac 2018. Ini adalah misi pertama YSS dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia ke Indonesia melalui jalinan strategik antara Institut Kalbis dan Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia (RISTEKDIKTI) bersama YSS di bawah program KKN. Jalinan hubungan kerjasama bertujuan untuk mengeratkan hubungan  Malaysia-Indonesia dalam konteks ASEAN. KKN adalah  kegiatan pengabdian mahasiswa kepada masyarakat dengan menjalankan  kerja sukarelawan pada waktu dan tempat tertentu yang diperkenalkan sejak 1971. seterusnya..

Arustika Putrasakti Ungguli Festival Rampaitari Interkolej 2018

Festival Rampaitari Interkolej 2018 telahpun melabuhkan tirainya pada 24 Mac 2018 (Sabtu) yang lalu dengan menyaksikan sebanyak 13 buah kolej kediaman UPM berentap untuk merebut gelaran Juara.  Kolej Tujuh Belas (Kumpulan Tari Arustika Putrasakti) telah mengungguli pertandingan ini dengan berjaya memenangi Johan Keseluruhan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala iringan dan sijil.  Selain daripada itu kolej 17 juga memenangi Anugerah Pengolah Tari Terbaik, Anugerah Penari Lelaki Terbaik dan Anugerah Busana Terbaik.  Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Tari Arustika Putrasakti.  Sementara itu, Naib Johan disandang oleh Kolej Keenam yang membawa pulang wang tunai RM300 piala dan sijil sementara Tempat Ketiga telah dimenangi oleh Kolej Tun Perak dan membawa pulang wang tunai RM200 piala dan sijil. seterusnya..

Adi Mastuli Wakil Malaysia ke Korat

Seramai 12 orang pelajar Universiti Putra Malaysia daripada Kelab Senitari Adimastuli telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke Festival Kesenian dan Kebudayaan Antarabangsa Korat 2018 di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 31 Januari 2018 sehingga 6 Februari 2018. seterusnya..

Putra Kalakshetra Rangkul Tempat Kedua

Tahniah dan Syabas kepada Kelab Tarian Klasik India Putra Kalakshetra kerana telah memenangi tempat kedua pada Pertandingan Natyamela di Universiti Malaysia Terengganu sekaligus membawa pulang wang tunai RM2000 piala iringan serta sijil penyertaan.

Tahniah Dan Syabas Kepada Pemenang Majlis Tilawah Al-Quran Inter-Kolej UPM 1439H/2018M

Majlis Tilawah Al-Quran Inter-Kolej bagi Tahun 1439H/ 2018M telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mac 2018 bersamaan 6 rejab 1439H di Dewan Putra 2, UPM. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM. Turut hadir Prof. Dr. Sidek Hj. Abd. Aziz, Pengerusi Jemaah Pengetua UPM,  seterusnya..

Nahwan Nur Junior Naib Johan 'Battle Of Nasyid' Karnival Pendidikan Tinggi dan Kerjaya

Tahniah Nahwan Nur JUNIOR kerana telah berjaya memenangi Naib Johan dalam pertandingan Battle of Nasyid sempena Karnival Pendidikan Tinggi dan Kerjaya Peringkat Negeri Selangor. Lagu “Cemerlang Akhlak Sahsiah Terpuji” dan “Sampai Bila” telah berjaya menambat hati juri dan sekaligus dinobatkan Naib Johan dan telah membawa pulang wang tunai RM2000 beserta piala iringan dan sijil.

Program Pidato Inisiatif Lahirkan Mahasiswa Cinta UPM

30 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai pertandingan ‘We Love UPM’ Impromptu Speech Competition 2018 di Dewan Putra 1, Kolej 13. Dalam pertandingan itu, Saudara Mohamad Halim Asyraf Bin Hamdi dari Fakulti Pengajian Pendidikan muncul juara manakala Saudari Tahiya Islam dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebagai naib juara dan Saudari Prasna Nair Sreedharan dari Fakulti Perhutanan merangkul tempat ketiga. seterusnya..

Jemputan KRT Seri Serdang Mengukuhkan Hubungan UPM Dan Masyarakat Sekitar

KRT Seri Serdang menjemput Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM pada program Jemputan Muhibbah Sempena Tahun Baru Cina anjuran mereka yang diadakan pada 17 Mac 2018 bertempat di Pusat Rukun Tetangga, Taman Seri Serdang. Program ini diadakan bagi meraikan penduduk di kawasan kejiranan Seri Serdang sempena Tahun Baru Cina Tahun 2018. Program yang dihadiri lebih daripada 100 orang penduduk ini turut seterusnya..

UPM Naib Johan Kategori Bahasa Melayu Debat SKMM 2018

Pasukan debat Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan Kejohanan Debat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 2018 yang diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia (UPM). UPM yang diwakili Has Umierah, Rashidah Roseli, dan Faisal Yusuf membawa pulang wang tunai RM 1000 dan piala iringan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) masing-masing dinobatkan sebagai johan Debat SKMM 2018 bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, UIAM yang diwakili Abdul Rahman, Azmina Izzati, Omar Sharudin menewaskan pasukan UPM pada peringkat akhir Bahasa Melayu yang bertajuk Kebebasan media menyuburkan demokrasi. seterusnya..

LIVE Minda Putra Musim 2

LIVE Minda Putra Musim 2 bersama En. Mohd Nazri Noh, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) kembali bersama kupasan isu-isu kampus dan luar kampus yang lebih menarik berkaitan pembangunan, kebajikan dan kemaslahatan pelajar UPM. Saksikan LIVE Minda Putra Musim Ke-2 ini secara langsung di laman Facebook BHEP setiap Selasa, jam 1 Petang.

Siri 4: Projek Kacamata dan Putra Food Delivery

LIVE Minda Putra Musim 2

Siri 1: Istimewa Bersama Nahwan Nur

Siri 2: Ola Bola, Patriotisme Dari Sudut Pandang Mahasiswa

Siri 3: Ambulance Charity Run; Ikhlas Sumbangan Menterjemah Ihsan

Cerita Kita

Bahagian 2 - Dan tari Kampus Pun Mula Berentak

Diam tak diam dan masuk semester kedua pengajian Adilah. Sekejap sungguh rasanya. Bagai baru sahaja Cikgu Mat menghantar Adilah mendaftar di Kolej Kelima UPM dan memulakan pengembaraan ilmu Adilah di UPM. Keputusan peperiksaan Adilah semester lepas cukup memberansangkan, PNGK 3.8. Cikgu Mat sendiri tak pernah cecah PGNK begitu. Paling baik pun 3.7. Itu pun di semester akhir dengan bantuan Latihan Mengajar sebanyak 6 kredit dan Cikgu Mat peroleh Gred A. Adilah jauh lebih baik. Senyum panjang bila terima whatapps daripada Adilah untuk menyampaikan keputusan peperiksaan semester pertama itu.

 

Semester kedua, Adilah mula aktif di Kolej. Cuti semester yang lepas Adilah dipilih sertai Kursus Kepimpinan Kolej. Pada semester pertama dulu pun Adilah hadir Kursus Pemantapan Organisasi, anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Bagan Lalang. Banyak yang Atikah belajar. Berbeza dengan masa sekolah dahulu. Rupanya di universiti ini semuanya atas diri sendiri dan bebas untuk dia memilih apa dia mahukan. Benarlah kata Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar masa Kursus Pemantapan Organisasi universiti ini menyediakan pentas dan mahasiswalah penentu gerak tarinya. selanjutnya..

Akan Datang

TNC Talk: Thinking Of You, 27 April 2018, Dewan Besar PKKSSAAS, 8.30 malam.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Facebook Twitter Instagram Website Email

Unsubscribe